Matrock Ayam Goreng Kunyit

Matrock, atau Mat Rock, ialah jenama ayam goreng kunyit dari Kuala Lumpur yang terkenal dengan slogan makan sampai berpeluh. Menunya berasaskan rempah kunyit: ayam, daging, sotong dan udang goreng kunyit, dihidangkan bersama nasi lemak atau sebagai set.
Dari kedai kecil ke rangkaian cawangan
Perniagaan ini bermula pada tahun 1997 secara kecil-kecilan, menjual kuih-muih dan nasi campur. Ayam goreng kunyit kemudian dijual menggunakan motosikal roda tiga di Jalan Tengah, Kuala Lumpur. Restoran pertama dibuka di Taman Maluri pada tahun 2015, diikuti trak makanan dan cawangan di beberapa negeri.
Jumlah lokasi
- Selangor dan Kuala Lumpur: 27
- Pahang: 3
- Perak: 2
- Negeri Sembilan: 1
- Johor: 1
Lihat senarai lokasi dan senarai menu.